CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kamis, 14 Juli 2011

Puasa~

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini, 14 Julai 2011 bersamaan 12 Syaaban 1432H. Kurang sebulan lagi. Bulan istimewa itu akan tiba. Bulan dimana dibukakan semua pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka. Pahala amalan-amalan wajib digandakan dan amalan sunat diberikan pahala setara dengan amalan wajib. Sebagaimana firman Allah,

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu , agar kamu bertaqwa" (2:183)

Dalam ayat ini, Allah telah mewajibkan puasa ke atas umat ini sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum mereka. Ini menunjukkan bahawa ibadat puasa itu sesuatu yang mampu dilakukan oleh manusia biasa dan telah difardhukan kepada umat yang terdahulu.

Munurut Ibn Qudamah al-Maqdisi, hakikat puasa perlu dizahirkan dalam lima perkara iaitu :

  1. Penglihatan : merendahkan pandangan daripada melihat sesuatu yang ditegah dan boleh melalaikan hati daripada mengingati Allah.
  2. Lisan : lidah perlu dipelihara daripada berdusta, mengumpat, berfitnah dan sebagainya.yang
  3. Pendengaran : menahan pendengaran daripada mendengar perkara yang dusta atau umpatan kerana sesuatu yang haram dituturkan, haram juga didengari.
  4. Anggota lain : menahan seluruh anggota seperti tangan, kaki, perut dan sebagainya daripada melakukan maksiat seperti mencuri, melangkah ke tempat-tempat maksiat, makan dari hasil yang haram dan lain-lain.
  5. Hati : Setelah berbuka, perasaan antara berharap dan takut ibadah puasa tidak diterima Allah perlu menghiasi ibadah puasa.
Semoga puasa kita kali ini lebih baik dari puasa sebelumnya. Ikhlas kan hati dalam beribadah kepadaNya dan perbanyakkan amalan-amalan sunat kita.

Ya Allah, berkati kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan

Semoga dengan rahmat dan kasih sayangNya, kita semua ditemukan kembali di syurgaNYA. inshaAllah.

Wallahua'lam.