CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumat, 07 Oktober 2011

Read and heed~

[59: 21, 22, 23, 24]

Kalau sekiranya Kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. ~al-Hasyr [59:21]

Walau semua manusia tu dikurniakan akal, tapi nampak gayanya tak semua manusia tu gunakan akal tu untuk betul-betul berfikir.

Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang. ~al-Hasyr [59:22]

Kita tahu yang sebenarnya Allah Maha Tahu, tapi kita sendiri yang sebenarnya selalu buat-buat tak tahu.

Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, YAng Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. ~ al-Hasyr [59:23]

Hati yang buta takkan nampak keagunganNya.

Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaul Husna. Bestasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ~al-Hasyr [59:24]

Hati yang celik pun takkan nampak keagungan itu tanpa izinNya.

Read and heed.

Sedangkan batu yang keras pun boleh pecah dan keluarkan air, inikan pula hati manusia di tangan Allah untuk diubah jadi lembut dan cair.

Guide us to the Straight Way. ~ (al-Fatihah: 6)

~Sumber : Contengan Jalanan by Hlovate,
contengan pengalaman perjalanan dari Tuhan~


0 comments:

Posting Komentar